Bagaimana memperolehi downline (referral)?

April 11, 2010

Sdra ahli vemma,

Menurut pengalaman saya,  saya pada mulanya amat sukar untuk mendapatkan seorang pun downline (referral) selama tiga bulan pertama sebab saya tidak tahu melakukan bagaimana cara yang strategik.  Mulanya saya cuba mengiklankan melalui laman percuma, laman bayaran URL keahlian vemmabuilder saya.  Hampir berpuluh-puluh laman dalam negeri dan luar negeri telah saya cuba ikuti, namun hanya satu dua orang saja downline yang saya dapat dalam tempoh tiga bulan.

Hal kesukaran mendapatkan downline ini saya kemukakan kepada upline saya.  Beliau mencadangkan menggunakan Adwords Google.  Saya menuruti nasihatnya dengan membuka akaun pada Adwords Google dan memulakan dengan “Setting” Automatic. Saya mulakan had bayaran RM15 sehari dengan permulaan automatic bidding RM0.35.  Saya biarkan selama seminggu, namun tiada seorang pun yang “click” pada landing page saya.  Saya mula tertanya-tanya kenapa tiada orang yang klik iklan saya.  Lalu saya cuba teliti lagi setting pembayaran dan daripada setting automatic saya tukarkan kepada manual.

Dalam setting manual saya masih tetapkan had kemampuan saya hanya RM15 sehari.  Kemudian saya set bidding saya pada setiap keyword sama dengan minimum bidding .  Contoh:

Keyword: vemma

Lowest bidding: RM1.00

Jadi saya setkan kepada minimum bidding saya sama juga RM1.00

Kemudian saya biarkan beberapa hari, ternyata ramai orang yang klik pada “sponsored iklan” saya, dan ada yang terus mendaftar di bawah saya.  Cara ini saya gunakan sehingga sekarang.  Setiap hari paling kurang 2 orang yang mendaftar di bawah saya.

Apa yang anda perlukan ialah buka akaun dalam Adwords Google dengan menggunkan kad kredit (Visa atau master card).  Cubalah jika berhasil sila beritahukan di sini.  Semoga berjaya.

Testimoni

December 24, 2009
Testimoni Pengguna VeMMA:

Haji Ali Mansur
Saya tidak menyangka, setelah bertahun tahun mengidap penyakit kencing manis dengan bacaan yang melebihi 15, akhirnya saya bertemu penawar terhebat. Penyakit kencing manis saya sekarang sudah sembuh dengan bacaan normal. Terima kasih Vemma!

Sheila Arshad
Ayah saya menghidap penyakit gout,kencing manis,darah tinggi dan banyak lagi……Sampaikan perlu makan 21 biji pil sehari dan perlu ambil darah 1 kali setiap 2 minggu..Setelah 2 bulan mengamalkan Vemma,ayah saya beransur pulih….Tidak lagi perlu makan 21 pil lagi…….Doktor juga terkejut dengan perubahan yang dialami..Saya sendiri semakin cergas selepas mengamalkannya.

Fauziah Maidi
Saya telah memberi suami minum VeMMA single pack selama 4 minggu dan berat badannya turun 5kg. Rasa sihat dan cergas. Masalah kulit yang kering juga hilang.

Mazitah Mohammad
Sebelum ni saya ada penyakit buasir .Baru seminggu saya minum air vemma, buasir saya sudah beransur pulih.kini saya mula memperkenalkan produk vemma kepada saudara saya yang menghidap kencing manis(mohammad zafawi bin sulong). Alhamdulillah selepas beberapa hari minum VeMMA kesannya amat positif.

Promosi

December 24, 2009
Bagaimana meneruskan Sistem ini?

Persoalan yang sering timbul ialah selepas menjadi Paid Member jadi apa yang harus saya lakukan?

Senario yang jelas berlaku ialah bila kita menjadi ahli berbayar (PM) dan kita langsung tiada pengalaman dalam perjalanan bisnes ini maka kita akan menjadi buntu (blur). Oleh itu pertama kita belajar, belajar, belajar menimba pengetahuan di laman-laman VeMMA untuk menjawab persoalan anda, atau kita tanya kepada upline anda.

Secara mudah, penjelasan berikut dapat digambarkan dengan menggunakan rajah ini:

Sebaik sahaja anda menjadi Ahli Berbayar (Paid Member) anda diminta oleh syarikat VeMMA untuk membentuk team di sebelah kaki kiri (profit leg). Pada waktu yang sama anda tetap mendapat ahli PM di sebelah kanan (power leg) limpahan dari upline (perhatikan bulatan merah).

Kaki kiri tidak akan mendapat limpahan PM dari upline, kita kena cari PM sendiri untuk membuat kumpulan di sini. Perhatikan semua bulatan sebelah kiri warna hijau.

Kelihatan kaki kanan agak mudah mendapatkan PM. Tetapi ada waktu yang  kita kena tolong kaki kanan untuk aktif dengan merekrutkan orang (perhatikan bulatan hijau di kaki kanan).

Pastikan anda boleh faham struktur ini. Sistem ini memerlukan usaha peribadi dan juga pasukan. Kita tidak boleh meneruskan sistem ini dengan licin jika bersandar kepada team sendiri sahaja (kaki kiri).  Masih boleh tetapi kita harus mencari semua PM di bawah kita untuk membentuk cycle lengkap. Ini perit bukan?

Kebaikan sistem ini di kaki kanan upline tolong kita untuk melengkap cycle. Satu cycle terdiri daripada ANDA, satu orang di kaki kiri dan satu orang di kaki kanan.

Jadi yang kita harus kerja kuat ialah mencari orang di bawah kaki kiri.  Buat permulaan tumpukan 100% di kaki kiri. Selepas beberapa team terbentuk di kaki kiri (3 orang setiap team) barulah kita tolong kaki kanan.


Tip Untuk Mengaktifkan Successline #2
a) Harus membeli ‘leads‘ sekurang-kurangnya 2x sebulan atau untuk mempercepatkan pembangunan Successline #2 anda harus membeli 1 batch of leads setiap minggu.
b) Jika anda tidak membeli lebih leads, anda harus menambahkan Members & Customers melalui laman Vemma anda, pastikan Placement Strategy pada Profit Leg (sahaja).
c) Jika anda meletakkan ahli dalam Profit Leg Successline #2 anda secara langsung anda membantu mereka untuk membangun bisnes mereka sendiri. Kunci pemahaman konsep ini ialah bahawa setiap Ahli yang diletakkan di dalam Successline #2 (Profit Leg) sedang memulakan bisnes mereka sendiri, ia merupakan sebagai Successline #1 (Power Leg) bagi Ahli itu dan bila tiba masanya Ahli berkenaan akan mula membangunan Successline #2 mereka sendiri (Profit Leg). Oleh itu lebih banyak bonus akan dibayar kepada anda, dan anda akan dipromosi ke pangkat yang lebih tinggi lagi dan makin banyak wang anda masuk.

Gunakan sejumlah pendapatan dari Vemma anda untuk merekrutkan Ahli baru selain daripada lingkungan keluarga anda.  Kalau kita membelanjakan USD120.00 sebulan untuk tujuan merekrut Ahli baru, pulangan yang lebih besar akan ke kembali kepada kita. Konsepnya ialah kita membelanjakan wang sedikit untuk menanam benih yang akhirnya bercambah menjadi pokok yang besar dan menghasilkan buah berlipat kali banyak untuk dituai oleh kita pada masa akan datang.

Sebaik saja anda membangunkan Successline #2, VemmaBuilder akan membina rangkaian secara otomatik apabila anda mencapai 3 orang yang menjadi Paid Member. Default setting VemmaBuilder ialah 70% PE kita akan ke Successline  #2 dan 30% ke Successline #1 selepas 3 upgrades.

Biarkan keadaan seperti ini sehingga anda mendapat satu dari Ahli yang anda rekrut itu berada di Succssline #1.  Anda harus ada satu Ahli di Successline #1 untuk melayakkan bonus.  Jika hal ini sukar berlaku, anda harus merekrut isteri anda atau suami anda atau anak-anak anda di Sucessline #1 melalui di laman Vemma anda.

Itu adalah teknik tersendiri,  anda sebenarnya membayar produk Ahli itu sendiri. Keahliannya di VemmaBuilder boleh anda uruskan kemudian.
Promosi laman-laman anda
Anda boleh mempromosikan perniagaan anda melalui online dan offline. Antaranya ialah melalui Facebook, Twitter,  iklan berbayar, iklan percuma, melalui SMS pada rakan. Ingat, jangan sekali-kali melakukan SPAM. Jika anda didapati menghantar SMS atau email bertubi-tubi itu bermaksud anda telah melakukan SPAM dan kemungkinan anda akan dihalang.
Hubungi saya:

Mark
0195303906

Ingin menyertai Syarikat VEMMA sila klik URL berikut:

Ingin mendapatkan produk VEMMA sila klik URL berikut:

http://marksadim.vemma.com

Kenapa Memulakan pelaburan menggunakan pekej “Ultimate”?

December 24, 2009
Kenapa Saya Pilih Ultimate Pack?

Jawapannya mudah diketahui daripada Jadual perbandingan Single Pack dengan Ultimate Pack  berikut:
Jadual: Perbandingan Single Pack dengan Ultimate Pack.
Single Pack
Ultimate Pack
Tempoh Aktif: 4 minggu
Tempoh aktif:24 minggu
Layak 3 bonus VeMMA
Layak 9 jenis bonus VeMMA
Maintain setiap bulan
Tidak perlu
Risiko kehilangan CV
Tiada risiko (tempoh panjang 24 minggu)
Maximum Income Cycle Bonus RM3800 seminggu
Maximum Income Cycle Bonus RM98,000 seminggu
New member ambil ULTIMATE PACK hanya dapat RM950 bonus saja.
New member ambil Ultimate Pack dapat RM1520 bonus. Wow
Risiko keahlian ditamatkan kerana tidak maintain.
Walaupun mungkin income masih sedikit, namun bulan ke 3 dan seterusnya keahlian masih aktif dan peluang bonus senang nak masuk.
Jadi pilihan bijak ada di tangan anda.

Bagaimana Bermula?

December 24, 2009
Anda perlu mendaftar secara PERCUMA dahulu untuk meneruskan langkah-langkah dibawah ini.
Free Membership (Pre-enrollees).

a) Login ke laman web http://www.vemmabuilder.com dengan menggunakan ID dan password sementara anda sendiri yang diberikan ke email anda.

b) Klik kepada link “GET STARTED” dan akan keluar satu borang.

c) Isi maklumat di borang itu dan klik “Submit”.

d) Sekarang anda sudah menjadi sebahagian daripada keluarga VeMMA.
Bayaran KeahlianVEMMABUILDER
Setiap bulan USD19.95

Bayaran KeahlianVEMMA
(menurut laman www.vemmabuilder.com sehingga 18 Mac, 2010)
a) MYR   342.00 — 1 pack (2 botol Vemma) Layak 4 bonus
b) MYR 1368.00 — 4 pack (8 botol Vemma)Layak 8 bonus & komisyen
c) MYR 2052.00 — 6 pack (12 botol Vemma) Layak 8 bonus & komisyen
d) MYR 5130.00 — 15 pack (30 botol Vemma) Layak 8 bonus & komisyen
Cara pembayaran
Boleh dibayar menggunakan kad kredit (VISA atau MASTER Card)
ATAU KAD DEBIT,  mana-mana bank boleh. Pemprosesan debit card dari EON hanya mengambil masa kira-kira 2 jam.
Full Membership (Enroller).
Tahniah kerana telah ahli keluarga VeMMA.!
Seterusnya sebaik saja anda telah menjadi paid member VeMMA hal-hal berikut adalah yang anda lakukan.
a) Pastikan ID keahlian VeMMA (9 digit) dan katalaluan rahsia diingat dan ditulis dalam rekod yang selamat.
b) Kemaskinikan laman percuma yang diberikan oleh VeMMA pada http://www.vemma.com.  Laman ini penting untuk anda mengetahui perjalanan bisnes VeMMA anda setiap waktu. Ia berbeza dengan laman pertama anda di VemmaBuilder.

Kaedah mencipta akaun di www.vemma.com

a) Klik butang yang bertulis “Account Login”.

b) Klik “CREATE AN ACCOUNT”.

c) Isi semua maklumat yang diminta KECUALI – SSN/TIN/NRIC/VAT
(biarkan kosong kecuali kepada ahli yang bayar secara tunai, kena isi)

d) Biarkan kosong “Old Password”.

e) Klik Submit.

f) Sekarang and sudah memiliki laman baru percuma di www.vemma.com.

d) Mulai sekarang, anda boleh memantau pergerakan bisnes anda melalui laman ini.  Jangan lupa cata username dan password laman anda di tempat yang selamat.

Laman http://www.vemmaasia.com

a)    Hal ke 3 penting ialah dengan mengemaskinikan maklumat anda di laman http://www.vemmaasia.com.

b) Laman ini berperanan untuk membahagi-bahagikan bonus secara terus ke bank paid member (yang layak dapat bonus). Caranya ialah masuklah ke laman http://www.vemmaasia.com dan anda akan dapati semuanya sama bentuk dengan laman www.vemma.com kecuali pada butang “Deposit”.

c) Klik butang “deposit” ini dan isikan ruang yang dipaparkan dan submit.

Mulakan Promosi Laman Anda.

Anda seharusnya telah memiliki laman-laman berikut yang boleh dipromosi:

a) http://www.vemmabuilder.com/no. ID vemma

b) http://www.vervesample.com/no. ID vemma

c) http://username anda.vemma.com

Mulakan business anda secepat mungkin. Promosi kepada orang lain URL laman web VemmaBuilder dengan menggunakan ID anda. Orang yang akan mencari anda selepas itu, bukan kita mencari orang seperti business lain. Menaja orang bukan masalah lagi di business VeMMA..!!

Pelan Bisnes

December 24, 2009
Pelan Bisnes VeMMA
PELAN GANJARAN Dwibarisan ( Dual Line Compensation Plan) berdasarkan konsep pembinaan dua pasukan yang mudah, iaitu satu pasukan kiri dan satu pasukan kanan. Oleh sebab anda hanya perlu membina dua pasukan sahaja, maka ia menjadi semakin menarik apablia ahli baru menyertai setiap pasukan dari barisan ke barisan dan membantu lebih ramai orang menikmati jumlah jualan dan mencipta lebih penjanaan (leverage) dalam pelan ini. Ini akan membolehkan anda memperolehi komisen bukan sahaja atas jualan peribadi sahaja tetapi juga atas jualan orang lain di bawah barisan anda, tanpa kira siapa yang mencapai jualan itu, walaupun mereka diletakkan di bawah barisan anda oleh upline anda!

Apabila anda menjadi seorang Ahli dan mengadakan pesanan Autoship untuk sekurang-kurangnya satu Program Pemakanan Vemma, anda akan menerima satu Pusat Perniagaan Vemma (VBC) dan laman web pemasaran percuma dengan serta merta. Anda akan diletakkan secara automatik dalam salah satu daripada dua kumpulan Pendaftarl (Enroller) anda. Kemudian, anda boleh menumpu perhatian untuk membina satu atau kedua-dua kumpulan anda dan menikmati komisen limpahan Ahli Baru dan Pelanggan yang didaftar oleh upline anda!

Apa yang hebat sekali ialah Pelan Ganjaran Vemma membayar komisen kepada Ahli pada setiap minggu supaya anda berpeluang menerima bayaran anda pada setiap minggu. Pesanan Autoship akan mengaktifkan keahlian anda selama lima minggu; iaitu pada minggu anda mengadakan pesanan dan empat minggu berikutnya.

Pelan Ganjaran Dwibarisan yang unik memberikan tiga cara kepada anda untuk mencapai pendapatan seperti berikut:

- Pendapatan Pembinaan Kumpulan ( Team Building Income)
- Pendapatan Runcit (Retail Income)
- Dana Bonus Global (Global Bonus Pool)
1. Pendapatan Pembinaan Kumpulan (Team Building Income)
Pendapatan Pembinaan Pasukan dicapai dengan mempromosikan peluang Vemma. Untuk membolehkan keahlian anda layak memperolehi pendapatan ini, anda hanya perlu menyertai program Autoship kami bagi sekurang-kurang satu Program Pemakanan Vemma (60QV) dan melayakkan keahlian anda dengan mengadakan satu Ahli Vemma yang aktif di kumpulan kiri dan satu lagi di kumpulan kanan anda. Ahli-ahli aktif di kedua-dua kumpulan kiri dan kanan mesti mempunyai pesanan minimum sebanyak 60QV tetapi mereka tidak diwajibkan untuk mempunyai keahlian yang layak.

Bonus berikut merupakan berbagai-bagai pendapatan Pembinaan Pasukan yang anda layak perolehi!

Instant Sponsor Bonus (Bonus Penaja Segera): Hanya untuk jualan pertama, Penaja Upline Terus akan menerima Instant Sponsor Bonus sebanyak USD$4 atas pembelian Ahli baru mereka, termasuk pembelian Family Pack. Pesanan berikutan akan dibayar dalam bentuk Cycle Bonus yang sedia ada. Bonus ini tidak memerlukan ahli yang aktif atau kelayakan keahlian. Namun demikian, seseorang Ahli perlu membuat sesuatu pesanan pada satu ketika. Bonus ini akan dibayar kepada setiap Ahli sekali sahaja dalam hidupnya.

Fast Start Bonus (Bonus Permulaan Cepat):
Pesanan Sebanyak 60QV
Pendaftar yang layak akan menerima Fast Start Bonus atas pesanan pertama daripada ahli-ahli yang didaftar oleh mereka sendiri. Pendaftar layak mendapat USD10 dolar atas 1 Pak; USD20 atas 2 Pak. Untuk memperolehi Bonus Permulaan Cepat anda hendaklah menjadi ahli aktif dengan pesanan sebanyak 60QV

Vemma Nutrisi Program Bonus Perolehi QV / CV
1-Pak $10 USD 30
2-Pak $20 USD 60
Pakej Pembina Basis ( 4 pak ) $60 USD 120
Pakej Pembina Silver ( 6 pak ) $120 USD 180
Pakej Pembina Ultimate ( 12 pak ) $250 USD 360
V2-30 Pak (Akan Datang) $10 USD 30

Consistency Bonus (Bonus Konsistensi):
Sebagai Pendaftar, anda akan menerima Consistency Bonus seperti berikut atas setiap pesanan yang dibuat oleh ahli yang anda daftarkan; USD$3 Consistency Bonus (satu program Pemakanan Vemma); USD$6 Consistency Bonus (dua program Pemakanan Vemma), selagi anda menjadi ahli aktif dengan 120QV dan layak dalam keahliaan anda. Mana-mana Consistency Bonus yang dijanakan tetapi tidak layak diterima oleh Pendaftar berkenaan akan ditambah kepada jumlah nilai kitar mingguan.

Vemma Nutrisi Program Bonus Perolehi
1-Pak $3 USD
2-Pak $6 USD
Pakej Pembina Basis ( 4 pak ) $12 USD
Pakej Pembina Silver ( 6 pak ) $18 USD
Pakej Pembina Ultimate ( 12 pak ) $36 USD*
V2-30 Pak (Akan Datang) $3 USD

Cycle Bonus (Bonus Kitar):
Pada hujung setiap tempoh jumlah jualan (mingguan), komputer Vemma akan menyemak kumpulan kiri dan kanan anda dan jika terdapat tiga jualan (180QV) dalam satu kumpulan dan enam jualan (360QV) dalam kumpulan lain, maka anda akan layak menerima Cycle Bonus berjumlah kira-kira USD$25 . Anda boleh menerima Cycle Bonus dengan banyak kali dalam satu tempoh masa yang sama! Tetapi anda mesti pada keadaan aktif dan layak dalam keahlian anda.
Untuk memastikan akan mendapat bonus yang paling tinggi, Vemma akan mencampurkan wang sebanyak 50% daripada yang diborongkan kepada Dana Kitar pada setiap minggu.

Vemma Nutrisi Program Jualan Pertama QV / CV Jualan Seterusnya QV / CV
1-Pak 1/2 kitar kredit 30 1 kitar kredit 60
2-Pak 1 kitar kredit 60 2 kitar kredit 120
Pakej Pembina Basis ( 4 pak ) 2 kitar kredit 120 4 kitar kredit 240
Pakej Pembina Silver ( 6 pak ) 3 kitar kredit 180 6 kitar kredit 360
Pakej Pembina Ultimate ( 12 pak ) 6 kitar kredit 360 12 kitar kredit 720
V2-30 Pak (Akan Datang) 1/2 kitar kredit 30 1 kitar kredit 60

Cycle Bonus bagi setiap keahlian tidak dihadkan dan baki jualan yang belum dibayar sebagai Cycle Bonus kepada ahli yang aktif tidak akan dibatalkan. Setiap jualan 2 Pek akan dikira sebagai dua jualan Cycle Bonus. Setiap jualan Pak Family akan dikira sebagai empat jualan dan setiap jualan Pak Super Family akan dikira sebagai enam jualan.

Anda tidak akan layak untuk menerima pendapatan sehingga anda telah melayakkan keahlian anda dengan mempunyai seorang ahli Vemma aktif dalam kumpulan kiri dan seorang lagi di dalam kumpulan kanan anda yang anda memperkenalkannya sendiri. Namun demikian, mana-mana jualan yang dicapai oleh kumpulan anda TIDAK akan dibatalkan dan akan disimpan sehingga anda melayakkan keahlian anda selagi anda menjadi Ahli yang aktif. Jika anda tidak layak dalam mana-mana minggu, maka jualan dari minggu tersebut tidak akan dikumpulkan. Jika anda tidak aktif dalam 4 minggu secara berturut-turut, maka mana-mana jualan minggu yang terkumpul akan dibatalkan. Jika anda tidak aktif dalam 24 minggu berturut-turut maka keahlian anda akan ditamatkan.

Lihat lebih lanjut video ini bagaimana pengiraan Cycle bonus


Enroller Matching Bonus (Bonus Sepadan Pendaftar): Bonus ini membolehkan anda layak menerima 10% Enroller Matching Bonus atas Cycle Bonus Ahli-Ahli yang didaftar oleh anda sendiri. Untuk layak menerima Enroller Matching Bonus ini anda hanya perlu menambah pesanan Autoship bulanan anda sendiri kepada dua Program Pemakanan Vemma (120QV) dan mempunyai empat orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftarkan sendiri. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Dua orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.

Second Tier Matching Bonus (Tahap Kedua Bonus Sepadan): Anda bukan sahaja dapat memperoleh keuntungan daripada mereka yang anda daftarkan, tetapi anda juga layak menikmati 10% bonus sepadan atas Cycle Bonus seluruh Ahli yang anda daftarkan sendiri. Jika pesanan Autoship peribadi anda terdiri daripada dua Program Pemakanan Vemma dan anda mempunyai enam orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftar sendiri, maka anda akan layak untuk menerima bonus ini. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Empat orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.

Pemampatan: Jika Pendaftar tidak layak untuk mendapat Matching Bonus atau Second Tier Matching Bonus, maka upline Pendaftar pertama yang layak akan menerima Enroller Maching Bonus. Second Tier Matching Bonus akan diserah kepada upline Pendaftar seterusnya yang layak. Enroller Matchning Bonus dan Second Tier Matching Bonus tidak akan dimampatkan kepada orang yang sama.

2. Pendapatan Runcit  (Retail Income)

Bonus Konsumer
Pendaftar boleh mendapat bonus konsumer atas pembelian produk daripada konsumer yang diperkenalkan oleh mereka. Peruntukan bonus konsumer bagi Taiwan dan Malaysia adalah 20% daripada harga ahli atas penempahan pertama dan seterusnya.
Vemma Nutrisi Program Singapura Malaysia Taiwan
Penempahan pertama QV / CV Penempahan pertama QV / CV Penempahan pertama QV / CV
1-Pak S$27.2 60 RM68.40 60 NT620 60
2-Pak S$54.4 120 RM136.80 120 NT1240 120
V2-30-Pak (Akan Datang) S$27.2 60 RM68.40 60 NT620 60
3. Dana Bonus Global (Global Bonus Pool)
3% daripada keseluruhan jualan Vemma akan diperuntukkan sebagai bonus kumpulan global yang berlangsung setiap 12 minggu bagi menggalak pembinaan pasukan dan kerjasama sesama pemimpin. Untuk melayakkan diri kamu menerima semua syer daripada bonus ini, bilangan Bonus Kitar anda mesti mencapai atau melebihi syarat kitaran tertentu seperti yang ditunjukkan di bawah. Setiap pangkat yang kamu tercapai dan berkelayakan menerima bonus juga menghakkan kamu menerima satu syer daripada pangkat yang sebelumnya. Ini membolehkan kamu berpeluang untuk menerima sebahagian syer daripada pangkat lain.
Dana Global Bonus Peratusan Separuh Bahagian Seluruh Bahagian
Dana Bonus Pearl 0.5% 160 kitar 240 kitar
Dana Bonus Ruby 0.5% 400 kitar 600 kitar
DanaBonus Sapphire 0.5% 1000 kitar 1500 kitar
Dana Bonus Emerald 0.5% 2000 kitar 3000 kitar
Dana Bonus Royal 1% 5000 kitar 10000 kitar

Malahan, dengan mencapai kitaran tertentu dalam tempoh empat minggu anda boleh mencapai palbagai pangkat dan diperakukan sebagai pemimpin!

Pin Pangkat Pemimpin Bilangan Kitar Dalam      Tempoh 4 Minggu
Silver 5
Gold 10
Diamond 20
Platinum 50
Star Platinum 75
Executive 100
Star Executive 175
Presidential 250
Star Presidential 375
Ambassador 500
Star Ambassador 1000
Royal Ambassador 2000

Kepastian

December 24, 2009
Pengalaman Mendahului Pertimbangan.

Pengalaman-pengalaman yang sudah-sudah memberikan kematangan dalam membuat pemilihan yang tepat dan pasti.  Setelah berkecimpung dengan perniagaan MLM, online marketing, rasa-rasanya sudah menjadi bosan mana satukah sumber yang benar-benar memberi pulangan yang berbaloi dengan modal yang dilaburkan. Pertimbangan demi pertimbangan telah dibuat dan setelah meneliti aspek-aspek yang meyakinkan seperti perkhidmatan yang berlesen, sah di sisi undang-undang, bukti-bukti pulangan, pejabat beralamat, mudah dihubungi dan sebagainya yang dapat menjawab kesangsian, maka saya sekali lagi mencuba menceburi online marketing ini, iaitu VEMMA.

Anda, pasti mempunyai pengalaman yang sama. Keyakinan saya terhadap VEMMA bertambah apabila saya berkesempatan menghadiri Seminar Pengenalan VEMMA buat pertama kalinya di Kota Kinabalu pada 31 Oktober 2009. Saya sempat bergambar dengan upline saya Mohd Nasoha dan dengan Presiden VEMMA Saudara Norsalehin.  Sepanjang seminar tersebut kami telah diberitahu panjang lebar tentang latarbelakang Syarikat VEMMA, kesahihannya, peluang-peluang pendapatan melalui VEMMA, dos and donts. Pendek kata kami puas hati dengan penjelasan mereka. Seramai 16 orang ternama dalam VEMMA MALAYSIA semuanya bergelar jutawan, dan 60 orang peserta dari Sabah yang terlibat
VFT PERTAMA DI KOTA KINABALU SABAH

Leader-leader ternama VeMMA Malaysia yang menjayakan VFT ke 1
di Kota Kinabalu pada 31hb Okt 2009

Sijil Halal VeMMA ASIA DAN PENGEDARAN YANG SAH

PEJABAT VeMMA MALAYSIA

Alamat HQ Vemma:

Vemmatrition Sdn. Bhd. (713201-U) (AJL:931911)

21-2 Block D, Jaya One,

72-A Jalan University,

46200 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Apa itu VeMMA?

VeMMA adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga yang juga pengasas New Vision. New Vision yang ditubuhkan 10 tahun yang lalu dan merupakan pemimpin dalam industri kesihatan dengan jumlah jualan runcit melebihi USD$1 bilion dolar.

New Vision merupakan syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai dalam industri pemasaran rangkaian. Ia beroperasi dari Ibu Pejabat baru seluas 26,000 kaki persegi di 8322, East Hartford Drive, Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat. Syarikat ini juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas 25,000 kaki persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe, Arizona. Walaupun kebanyakan industri pemasaran rangkaian (multilevel marketing), gagal pada tahun pertama adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima tahun, syarikat New Vision sebaliknya telah menunjukkan pencapaian kejayaan dan keuntungan selama sepuluh tahun itu. Malah, yang lebih mengagumkan ialah New Vision, ia telah membayar royalti hampir USD$500 juta dolar kepada ahli-ahlinya tanpa lewat menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.

Kedua-dua New Vision dan VeMMA dimiliki oleh BK Boreyko dan adik perempuannya, Karen dan Lauren. Ibu bapa mereka, Ben dan Dottie Boreyko ialah pemasar rangkaian yang berjaya. Mereka telah lama terlibat dalam industri ini sejak zaman kanak-kanak mereka. Pada umur 7 tahun, BK bermula membantu ibu bapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka. Pada umur 18 tahun beliau menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga peringkat PS Direct. Apabila beliau berumur 30-an , beliau dan keluarganya telah melancarkan pemasaran rangkaian generasi baru yang dinamakan New Vision. New Vision ditubuhkan berasaskan kekuatan dan keberanian ibu mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, setahun sebelum New Vision ditubuhkan. Misi New Vision agak mudah, iaitu meningkatkan kualiti hidup keluarga dari segi fizikal dankewangan. Dalam beberapa bulan sahaja, syarikat ini telah mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang mengagumkan oleh berkat kepimpinan yang dinamik sehingga disifatkan sebagai kapal roket oleh majalah Success Magazine. Tidak lama kemudian, BK dan adiknya Jason telah dihadiahi Anugerah Usahawan Cemerlang di Arizona oleh Ernst and Young atas berbagai-bagai inovasi dan sumbangan syarikat mereka.

BK bersyukur dengan setiap kejayaan dan restu yang dialami dan telah menggunakan sumber peribadi dan syarikat untuk membantu mereka yang kurang bernasib dengan menyumbang lebih daripada USD$2.5 juta dolar kepada berbagai-bagai pertubuhan dan kegiatan amal seperti Habitat for Humanity, Dream Centre, United Way, Yayasan Hutan Hujan dan Yayasan Dottie Boreyko (untuk membantu golongan belia di bandar).

New Vision telah memperkaya hidup beribu-ribu orang di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina, Australia dan New Zealand. Syarikat yang mantap dan dihormati ini memberikan ketenangan hati kepada Ahli Pasukan (pemimpin luar), Pemain Pasukan ( kakitangan Ibu Pejabat) dan Para Pelanggan kerana mereka sedar bahawa masa, tenaga dan sumber yang dilabur oleh mereka di dalam New Vision pada hari ini akan mendatangkan ganjaran kepada mereka pada hari esok.

VeMMA ialah hasil usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran rangkaian selama 10 tahun untuk mencipta peluang yang sempurna bagi 10 tahun yang akan datang serta masa depan selepas itu! Ini ialah peluang anda untuk mencapai hidup kaya dan bahagia yang akan memberi anda kebebasan dan keselesaan yang kita semua harap-harapkan dengan sokongan kukuh yang diberi oleh sebuah syarikat gergasi yang sungguh berjaya di dalam industri pemasaran rangkaian.

PROGRAM PEMAKANAN VeMMA

VeMMA mungkin merupakan antioksidan cecair yang paling berkesan di seluruh dunia!

Manggis yang dikenali sebagai Ratu Buah-Buahan telah diguna oleh pengamal kesihatan di benua Asia sejak berkurun-kurun kerana faedah pemakanan dan rasa enaknya. Dengan mencantumkan kuasa antioksidan manggis dengan vitamin, zat mineral yang berpunca daripada tumbuhan , aloe vera dan teh hijau, anda dapat mencapai satu asas pemakanan unggul, iaitu Program Pemakanan VeMMA Essential for Life!

Seperti dimaklum ramai, pengambil multivitamin dan zat mineral setiap hari adalah penting untuk kesihatan sempurna pada jangka masa yang panjang. Program Pemakanan VeMMA menyediakan dua rumusan cecair yang sungguh berkesan dan menyediakan vitamin, zat mineral dan antioksidan yang anda perlu untuk membina asas pemakanan yang kukuh. Setiap produk VeMMA adalah mudah diserap oleh badan (bioavailable) , lazat dan mudah diambil.

Dalam Program Pemakanan VeMMA ini, anda akan mendapat sebotol Mangosteen Plus@32 auns dan sebotol Kiwi-Strawberry Essential Mineral @ 32 auns. Isikan separuh gelas ukuran VeMMA anda (yang terkandung dalam program anda) dengan Mangosteen Plus dan bakinya dengan Essential Minerals sebagai minuman bertenaga anda pada setiap hari! Cara ini begitu mudah untuk menjaga kesihatan badan anda.

Hubungi saya: Mark 0195303906 atau olumaag@yahoo.com

Hi rakan budiman!

December 24, 2009

Selamat bersua dan salam,  blog ini adalah disediakan untuk anda berinteraksi khusus yang berkaitan dengan peluang-peluang keusahawanan melalui internet. Terima kasih

mark

olumaag@yahoo.com

http://www.olumaag.com


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.